Thursday 14 June 2012

UPU oh UPU

Okay anak anak hari ni kita akan bercakap pasal UPU. tau apa tu UPU? Taktau kann? takpa paham nama pun budak2 lagi :P pfftt! k stret tu da poin. UPU tu unit pusat universiti la. Pasal benda ni actually batch 94's ramai duk berdukacita termasuklah aku ni. Pasai pa? Pasai punya pasai la. ehhh dak dak. Pasal ramai tak dapat masuk IPTA/Poli premier. Hm nak buat camna rezeki takda so redha la yedakk?

Haritu 7hb Mei 2012 tarikh untuk semak permohonan keluar, tapi yg tu pun dukacita la tu p buat rayuan. Harini pulak rayuan memang berdukacita sungguh la bila dapat tau tak dapat. Penat menunggu, ni aku dapat. Sokay soraite, wat lek wat pis *dalam hati sedih tak kira

Dulu seriously kemain aku and the gang konon la kan nak p U dah. Berangan cukup kuat study lembab!*terutama skali aku la
Hampa tau dak sekarang ni ramai sangat persaingan, pandai gila. Semua duk minum jus asli otak einstein. Aku nak beli semua habis kat dak dak pandai. Actually la kan, rasa menyesal jugak la sebab tak berapa nak blajaq sangat well, banyak dugaan last year tp redha je la skrg. 

To those budak2 95's, hampa jangan nak berangan sangat nak masuk U ni. Belajaq elok2 baru berangan jangan jadi cam kami ni 94's, hampa buat elok2, insyaALLAH dapat continue study. Bukan senang k nak sambung memana skrg ni. Paling kuat pun IPTS la.

Haaa sebut pasal IPTS ni memang banyak aku dapat sebab aku apply :P 
Aku dapat KPTM and MSU course TESL(Teaching English Second Language). Tapi tengah membuat perbezaan la antara dua ni. Yang MSU course iktiraf MQA n JPA tapi tudia la yuran kapak jugak la nak bayaq pun, mau terkencing nak bayaq. Yang KPTM okay la jugak sebab under mara kan. Tapi tu la aku duk pening celah mana nak p ni. If orang tanya aku awat tak sambung form 6, aku jawab aku tak rasa aku boleh bawak form 6 ni sebab dia form 6 agak tough jugak la sebab hampa kena fokus and serious bila blajaq. Aku ni jenis bersukan so agak susah la kan, kalau dah bersukan tu nanti takut letih malam tak study dah aku rasa hahaha aku jujur k :P

Okay to those yang SPM taun ni make sure hampa buat elok2 okay. Wish you all the best la. Ada rezeki tak kemana insyaALLAH. Di mana ada keusahaan, disitu ada A :D 
Tudiaa aku punya peribahasa sendiri. haha!
Nway goodluck okay babes and guys, adik2 :)

Tuesday 12 June 2012

Bahasa Bajettttt

Okay, entri kat atas tu rasanya semua tau dah kot benda apa. K pada yang tak tau kita bgtau k. :P
Bahasa bajet ni banyak istilah dia, tapi sayangnya tak dipublishkan kan lagi la dalam kamus dewan sebab ramai prof kat luaq tu pening kepala nak baca bahasa ni. Tudia la bahasa dia awesome sangat. Tersangat awesome weh. Haihh aku terpegun :O
 K stret tu da poin, camni bahasa bajet ni di definisikan oleh pelbagai pihak. Ada orang kata bahasa ni bahasa rempit, bahasa gedik, bahasa comel, k aku cakap bahasa awesome bahahah! eh dak dak tak awesome :p
Contoh contoh bahasa ni hampa boleh la tengok orang kat FB, Twitter, Myspace*kalau ada lagi

Sakit mata k baca writing style ni. K aku admit DULU aku ada la tulis camni, tapi sat ja pastu insaf dahh kembali ke jalan benar. HAHA!
Tulisan tu mcam ni la aku bagi contoh senang.
"Awax, titew cayunk awax cangat-cangat"
"Dah mam*satg org ingat dia tny dah mampus ka belum* kew lOm wax?"
"KoW tUe aR aQuE dAh gAtAl cAngAt eN"
K nampak tak kat situ kecomelan depa? Lol Seriously kalau la ada depa duk msg aku ka, IM aku ka, tweet aku ka, aku malas nak baca ayat2 camni. Rimas mata kepala otak hati aku k nak kena mengeja balik. So kepada sesiapa yang di luar sana ada tulis camni aku suggest hampa p la blajaq ngan adik2 yg duk kat tadika tu. Depa tau la jugak ngejaa =='

Okay tu pasal bahasa yang comel and awesome, yang ni pulak bahasa serupa orang ulu punya ulu tahap orang batu punya tulisan. Yang ni ayat tunggang habihhh. Bahaha! Sorry over sudah. Yang ni macam ayat nak bunuh orang punya mata k. Contohnya 
"lha, dha, ako, kaw,to"
Yang ni aku kata tunggang terbalik 360 darjah. Hampa tengok la.

Okay pada sesiapa yang duk tulis camni, aku suggest stop la pelan2. Kesian kat sapa tak paham, jenuh depa kena p buat spek rabun sebab hampa haha yang ni semua berdasarkan research yang aku buat. amboii kemain RESEARCH

ni link berkaitan bahasa comel tu. 

Blog-ing

Assalamualaikum, weh wehhhh lama dah update ni, bersawang teruk dah. Pasaipa aku tak online? Pasai takda idea nak post apa. Ni pun saja suka suki aku nak post lama tak tengok. K k k, back to the topic.


Spm habih dah, unversity tak habih g sebab mula pun dak biasa laaa, aku mana layak nak p sanaaa sbb UPU tak bg aku p depa kataa aku pandai sangat satg. K yang ni tipu. Aku takda rezeki la nak p sana apa boleh buat so sementara waktu p form 6 kat sekolah yg aku sekolah dulu la. Form 6 2012 semua baru. Pasaipa aku kata baru k. Sebab nyaa adalah :


1. Sistem Penggal/Semester macam ala2 university jugak.
2. Syllabus*taktau eja* baru. 90% camtu la pembaharuan dia. Nama pun STPM BAHARU.
3. Exam tiap semester. 3sem la.
4. Semua baru. K dah takat ni ja.


Ramai jugak la mengeluh pasai form 6 ni sebabnya leceh nak pakai baju sekolah bagai. Dah tinggal sekolah 4-5 bulan lebih dah nak pegang iron pun tak tau dah. k saja hyperbola kat situu. Satu lagi terikat dengan rules sekolah yang macam sekolah. *nama pun sekolah. Lagi satu ramai cakap la STPM ni susah. K agree agak la susah sikit sebab sebab dah dia susah nak bg sebab apa nya lg hampa nii =='  Okay setakat ni aku dah belajar sikit la subject2 STPM ni. Aku ambik sejarah, bm, muet, pengajian am and pengajian perniagaan. Agak menarik bukan? Try ambik tengok haha cikgu2 ramai duk psycho kami hampa tau dak. Cikgu2 cakap yang ni susah, yang ni akan dapat F kalau malas. K takmau describe lebih satg ckg2 saman aku mampuihh.


K setakat ni ja kot aku malas nak tulis lelebih satg hampa taknak baca pulak. Taknak baca pun takpa, hampa tengok jadi la. Yedakkk? Lols.... Gurau-gurauan saja k. chillll :))

Tuesday 1 November 2011

SPM oh SPM

Bila la SPM nak habis niiii? Start pun tak lagi. errr banyak plan weh lepas spm, biase la dah bebas kan takyah nak ingat formula bagaiii. my paper start on 14/11 smpai 8/12. haaaa banyak gap je pun sebab tu la lamaa. sebelas hari ja jumlah semua skali. WISH ME LUCK! To all spm candidates like me, i wish all of us best of luck. Do the best during exam. Make our parents happy k friends ;)